malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
K'jaan negeri tunggu laporan penuh insiden murid dimarahi guru
Diterbitkan:  May 27, 2025 5:33 PM
Dikemaskini: 9:33 AM
ADS

Kerajaan Selangor sedang menunggu laporan penuh siasatan berhubung insiden seorang murid didakwa dimarahi guru di hadapan rakannya yang dipercayai berlaku di kantin sebuah sekolah rendah di negeri ini pada 14 April epas.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ketika ini kes berkenaan sedang disiasat Jabatan Pendidikan Selangor (JPNS) dan sebarang tindakan berhubung insiden itu hanya akan diputuskan selepas siasatan terperinci selesai dijalankan.

Amirudin Shari

“Jabatan Pendidikan sedang lihat perkara ini dan kita tunggu laporan berkaitan. Kita hendak tahu punca kejadian dan tahap kemarahan (cikgu terbabit).

“Kita tidak boleh hukum guru itu terus sebab kadang-kadang mereka tertekan dengan persekitaran yang mencabar … kena saling memahami,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam hari ini.

Baru-baru ini, tular rakaman video berdurasi 2.32 minit yang menunjukkan seorang murid menangis teresak-esak semasa memberi penjelasan kepada guru yang sedang memarahinya.

Susulan kejadian itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dilaporkan berkata kementerian akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan menyiasat insiden berkenaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen