malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
KDN haram 7 buku didakwa mudarat moral, ketenteraman awam
Diterbitkan:  May 27, 2025 4:27 PM
Dikemaskini: 8:27 AM
ADS

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan tujuh buah buku kerana bimbang kandungannya boleh menjejaskan moral dan ketenteraman awam, termasuk novel romantik-komedi terkenal Love, Theoretically karya penulis terlaris Ali Hazelwood.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, KDN memaklumkan pengharaman tersebut diwartakan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Pengharaman buku ini juga berkuat kuasa antara 15 hingga 17 April lalu.

Selain Love, Theoretically, lima lagi buku diharamkan atas dakwaan “mungkin memudaratkan kemoralan.”

  • Tuan Ziyad: Forbidden Love oleh Bellesa

  • Darlingku Mr. Cold Mafia oleh Nur Firsha Nadia Mohd Noor Kusairi

  • Mischievous Killer oleh Aira Syuhairah Noradzan

  • Kougar 2 oleh Shaz Johar

  • The American Roommate Experiment oleh Elena Armas.

Sebuah lagi buku, Suhuf Abraham, pula diharamkan atas alasan "mungkin memudaratkan ketenteraman awam."

KDN berkata tindakan mengharamkan buku-buku ini diambil sebagai satu mekanisme kawalan atau pencegahan awal terhadap ancaman sebelum ia mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat.

"Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjalankan tanggungjawab yang berterusan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam termasuklah kawalan dan penguatkuasaan peraturan terhadap mesin cetak dan penerbitan dalam negara.

"Hal tersebut penting bagi mengelakkan penyebaran fahaman, ideologi atau gerakan yang boleh menjejaskan keselamatan, ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat,” menurut kenyataan itu.

KDN turut mengingatkan orang ramai agar mematuhi sepenuhnya perintah pengharaman tersebut, termasuk larangan menerbit, mengimport, menjual dan memiliki buku-buku berkenaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen