malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
2 lagi bekas pegawai bank direman bantu siasatan kes pinjaman RM11.3j
Diterbitkan:  May 23, 2025 3:34 PM
Dikemaskini: 7:34 AM
ADS

Dua lagi bekas pegawai bank direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes meluluskan pinjaman kira-kira RM11.3 juta menggunakan dokumen palsu antara 2022 hingga tahun lalu.

Perintah reman hingga 29 Mei terhadap kedua-dua lelaki terbabit dibenarkan majistret Siti Aisyah Umar Baki selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Sandakan hari ini.

Semalam, lima lelaki termasuk empat pegawai bank direman tujuh hari hingga 28 Mei ini bagi membantu siasatan berhubung kes sama.

Semua suspek dipercayai bersubahat meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM300,000 daripada pemilik syarikat sebagai dorongan untuk meluluskan 39 permohonan pinjaman kewangan dengan menggunakan dokumen sokongan palsu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy ketika dihubungi pemberita mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen