malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Lagi penyeludup dicekup di KLIA, lebih 300 haiwan diselamat
Diterbitkan:  May 23, 2025 1:25 PM
Dikemaskini: 5:25 AM
ADS

Dua lelaki tempatan ditahan dipercayai cuba menyeludup keluar lebih 300 haiwan eksotik dianggarkan bernilai RM460,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Rabu lepas.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dalam kenyataan memaklumkan hasil pemeriksaan bersepadu pihak berkuasa kira-kira 6.30 pagi mendapati kesemua haiwan itu disorokkan dalam bagasi milik kedua-dua lelaki berkenaan.

“Spesies haiwan itu antaranya ialah blue iguana, red-eared slider, savannah monitor, nile monitor dan common spotted cuscus,” menurut kenyataan itu.

Menurut AKPS, siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki itu gagal mengemukakan sebarang dokumen, permit atau surat kebenaran membawa keluar hidupan liar berkenaan.

Mereka kini disiasat lanjut di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) serta Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686).

- Bernama


BACA BERKAITAN:

Kastam bingung KLIA 'laluan panas' seludup haiwan liar

2 Warga India ditahan bersama Hampir 3,000 Kura-Kura diseludup dari KLIA

Lagi warga India didakwa: Seludup ungka, kura-kura di KLIA

Warga India didakwa cuba seludup biawak, kura-kura di KLIA

Perhilitan sita labi-labi muncung babi bernilai RM1.7 juta di KLIA


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen