malaysiakini logo
story-image
ADS

Di tengah-tengah kempen pemilihan PKR yang 'bergelora', pencabar jawatan timbalan presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memberikan penghargaan kepada penyandang jawatan, Rafizi Ramli.

Tegasnya, apa jua keputusan pemilihan tidak akan menjejaskan persahabatan yang terjalin sekian lama.

Nurul Izzah menyampaikan ucapan terakhir kempennya di hadapan lebih 1,000 ahli dan pimpinan parti yang berkumpul di sebuah dewan hotel di Johor Bahru.

"Apa pun yang berlaku, sama ada saya menang atau kalah, ia tidak akan menjejaskan persahabatan kami.”

“Saudara Rafizi sahabat saya.

“Bukan sahaja dahulu, tetapi sekarang dan sampai bila-bila” katanya pada majlis penutup jelajah bertemakan “Damai”, dengan mesej utama agar parti merapatkan saf selepas barisan kepimpinan 2025-2028 dipilih.


BACA BERKAITAN:

ULASAN | Penyokong Rafizi perlekeh saya kalah PRU15 - Izzah


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen