malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Rakyat Malaysia ucap selamat pulang pada Fu Wa dan Feng Yi
ADS

Pasangan panda gergasi Fu Wa dan Feng Yi, hari ini secara rasmi dihantar pulang ke China setelah berada di Malaysia sejak 21 Mei 2014 bagi memenuhi‬‭ terma‬‭ perjanjian‬‭ di‬‭ bawah‬‭ Projek‬‭ Kerjasama‬‭ Antarabangsa‬‭ Konservasi‬‭ Giant‬‭ Panda‬‭.

Majlis bersejarah di Animal Hotel, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang diserikan dengan kehadiran Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Datuk Dr Ching Too a/l Kim dan‬‭ wakil‬ Duta Besar China ke Malaysia.

NRES menerusi kenyataan memaklumkan projek‬‭ kerjasama‬‭ itu‬‭ merupakan‬‭ simbol‬‭ persahabatan‬‭ erat‬‭ antara‬ Malaysia‬‭ dan‬‭ China‬‭ yang‬‭ menyokong‬‭ aspek‬‭ kemampanan‬‭ di‬‭ bawah‬ tonggak‬‭ Malaysia‬‭ MADANI.‬‭

“Malaysia‬‭ akan‬‭ terus‬‭ komited‬‭ bekerjasama‬‭ dengan‬‭ China‬‭ dalam‬‭ pemuliharaan‬‭ spesies‬‭ Giant‬‭ Panda‬ dan‬‭ kerjasama‬‭ ini‬‭ diharap‬‭ dapat‬‭ mengukuhkan‬‭ lagi‬‭ hubungan‬‭ kedua-dua negara dalam aspek diplomatik dan ekonomi,” menurut NRES.

Malaysia‬‭ juga mencatatkan pencapaian‬‭ luar‬‭ biasa‬‭ dalam‬‭ konservasi‬‭ ex-situ‬‭ Giant‬‭ Panda‬‭ dengan‬‭ kelahiran‬‭ tiga‬‭ anak‬‭ panda‬‭.

Ketiga-tiga‬‭ anak‬‭ Giant‬‭ Panda‬‭ daripada‬‭ pasangan‬‭ tersebut‬‭ iaitu‬‭ Nuan‬ Nuan‬‭ telah‬‭ dihantar‬‭ pulang‬‭ ke‬‭ China‬‭ pada‬‭ 14‬‭ Nov‬‭ 2017‬‭, diikuti Yi‬‭ Yi‬‭ dan‬‭ Sheng‬‭ Yi‬‭ pada‬‭ 29‬‭ Ogos‬‭ 2023, selaras dengan terma perjanjian.

‭Menurut NRES, projek‬‭ Kerjasama‬‭ Antarabangsa‬‭ Konservasi‬‭ Giant‬‭ Panda‬‭ dengan‬‭ China diteruskan‬‭ melalui‬‭ pemeteraian‬‭ perjanjian‬‭ baharu‬‭ pada‬‭ 16‬‭ April‬‭ lepas bersempena‬ ‭ lawatan negara Presiden‬‭ China Xi Jinping‬‭ ke‬‭ Malaysia.‬

“Pemeteraian‬‭ perjanjian‬‭ baharu‬‭ ini‬‭ membolehkan‬‭ Malaysia‬‭ menerima‬ sepasang‬‭ panda‬‭ gergasi‬‭ baharu‬‭ untuk‬‭ tempoh‬‭ 10‬‭ tahun‬‭ dari‬‭ 2025‬ hingga‬‭ 2035, dan Malaysia‬‭ dijadual‬‭ menerima‬‭ kehadiran‬‭ sepasang‬‭ panda gergasi baharu tahun ini,” menurut NRES.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen