malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pengerusi PKR Sabah: Hubungan dengan GRS perlu dijaga untuk hadapi PRN
ADS

Hubungan baik antara PKR dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu dijaga bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17), kata Pengerusi PKR negeri itu Mustapha Sakmud.

Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata walaupun PKR sudah memutuskan untuk bersama-sama BN pada PRN17, kerjasama dengan GRS akan dibincang secara lebih lanjut.

"Kita (PKR) ada mengadakan (perbincangan) secara tidak formal dengan GRS…saya tahu mereka faham dan tentang kerjasama itu, mereka bersedia namun GRS sudah menyatakan sekiranya PH dan BN bekerjasama, mereka akan bertanding solo... kita biarkan pihak GRS putuskan," katanya.

Mustapha berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera PRN17 PKR Sabah yang disempurnakan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan turut dihadiri Menteri Besar Selangor merangkap Naib Presiden PKR Amirudin Shari.

Mustapha juga berkata perbincangan lanjut antara PKR dan GRS akan dilaksana mengikut peraturan asas yang telah ditetapkan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden PKR Anwar Ibrahim.

"Apa yang penting ialah bagaimana kita mengekalkan pemerintahan kita... oleh itu, kita harus menyatukan semua orang Sabah seperti (model) Kerajaan Perpaduan pada masa ini," katanya.

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen