malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kerajaan turunkan harga beras putih import
Diterbitkan:  May 14, 2025 4:38 PM
Dikemaskini: 8:38 AM
ADS

Kerajaan menurunkan lagi harga beras putih import (BPI) daripada RM2,800 kepada RM2,600 per metrik tan.

Penurunan kali kedua selepas 1 Disember 2024 itu akan berkuat kuasa esok di seluruh negara.

Keputusan itu diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu petang ini, tidak lama selepas mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

“Langkah ini jelas mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Madai yang berteraskan prinsip keprihatinan dan kesejahteraan rakyat untuk memastikan makanan ruji negara kekal mampu milik, mudah diperoleh, dan sentiasa mencukupi,” kata Mohamad.

Lima bulan lepas kerajaan telah menurunkan harga BPI dari RM3,000 kepada RM2,800 per metrik tan.

Sementara itu, Mohamad juga berkata pelarasan garga itu dibuat untuk terus menjamin kestabilan bekalan serta mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat.

Katanya, pelarasan itu dibuat susulan sesi libat urus bersama Padiberas Nasional Berhad (Bernas), mengambil kira pelbagai faktor semasa termasuk perkembangan pasaran global serta keperluan menjamin kelangsungan rantaian bekalan makanan.

Sementara itu, Mohamad juga berkata program subsidi BPI oleh Kerajaan Persekutuan bagi negeri Sabah dan Sarawak akan diteruskan seperti biasa.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen