malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Remaja perempuan hilang dari rumah lepas merajuk dengan nenek
Diterbitkan:  May 8, 2025 4:54 PM
Dikemaskini: 8:54 AM
ADS

Seorang remaja perempuan dilaporkan hilang dari rumah keluarganya di Kampung Sungai Gabong, Bentong selepas berselisih faham dengan neneknya, sejak Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata Nordina Jeka, 14, difahamkan merajuk dan keluar rumah pada 3.15 petang dengan berjalan kaki tanpa memaklumkan sesiapa.

“Remaja itu ketinggian 150 sentimeter, berkulit hitam manis, berbadan sederhana dengan berat 60 kilogram. Pakaian terakhir dipakai ialah kemeja-T lengan pendek berwarna merah dan berseluar jean hitam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaiham berkata berdasarkan siasatan polis dan maklumat orang awam, lokasi terakhir remaja itu dilihat adalah berhampiran Projek Campsite di Janda Baik, Bentong.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong di 09-2231999 atau balai polis berhampiran.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen