malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pemilihan makin hangat, Rafizi kongsi ‘pepatah’ rajin seperti kambing
Diterbitkan:  May 7, 2025 12:48 PM
Dikemaskini: 6:05 AM
ADS

Ketika Nurul Izzah Anwar menerima sokongan bertali arus untuk mencabarnya, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli kelihatan masih bersahaja.

Dia malah berkongsi kisah isterinya yang bertanyakan perbezaan antara pepatah dan peribahasa Melayu ketika “orang semua bising pasal pemilihan”.

Menteri ekonomi itu bagaimanapun hanya berseloroh menjawabnya.

 “Jangan tanya (kecerdasan buatan) Grok, nanti dia bagi pepatah ‘rajin seperti kambing’,” katanya sambil berkongsi emoji ketawa di X.

Rafizi dua bulan lalu menyatakan hasratnya mempertahankan jawatan nombor dua dalam PKR selepas presiden parti itu, Anwar Ibrahim, atas alasan mengelakkan perpecahan dalaman.

Nurul Izzah setakat ini belum menyatakan hasrat secara terbuka untuk mencabar Rafizi. 

Bagaimanapun telah ramai pemimpin parti dari pelbagai peringkat tampil menyatakan sokongan terbuka kepadanya mulai semalam, antaranya setiausaha politik kanan perdana menteri Shamsul Iskandar Md Akin, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan TImbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim.

Nurul Izzah Anwar

Sementara Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail pula, yang tewas dengan Rafizi dalam pemilihan lalu, setakat ini belum mengumumkan kesediaannya kerana mahu melakukan sembahyang istikharah (untuk memohon petunjuk Ilahi) terlebih dahulu.

Pemilihan PKR bagi jawatan di peringkat pusat dijadualkan berlangsung pada 22, 23 dan 24 Mei ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen