malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Ismail Sabri sambung beri keterangan pada SPRM
ADS

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, hari ini, untuk menyambung proses memberi keterangan bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram dikaitkan dengan beliau.

Kenderaan membawa bekas perdana menteri kesembilan itu tiba pada 10.54 pagi.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Bera disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia semasa tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata siasatan SPRM berhubung kes rasuah melibatkan bekas Ismail Sabri, kini mencapai tahap antara 15 hingga 20 peratus.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen