malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Bantah pamer harga ubat - Lebih 700 doktor swasta berhimpun di PMO
ADS

Lebih 700 doktor swasta berhimpun di Pejabat Perdana Menteri hari ini bagi membantah penguatkuasaan Perintah Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan (Penandaan Harga Ubat) 2025.

Berpakaian serba hitam, mereka pada awalnya merancang untuk berarak dari ibu pejabat Kementerian Kesihatan yang terletak kira-kira 500 meter dari situ, namun Malaysiakini dimaklumkan polis telah menasihatkan mereka agar membatalkan perarakan dan terus berkumpul di lokasi yang ditetapkan.

“Kami datang dengan bas dari Perak, satu bas dan beberapa doktor lain datang secara berasingan. Kebanyakan daripada kami tidak menutup klinik untuk hadir kerana kami faham keperluan pesakit adalah penting,” kata bekas doktor tentera, Dr R Jeyaratnam kepada Malaysiakini.

Perintah Pemaparan Harga Ubat yang diperkenalkan kerajaan disifatkan sebagai langkah penting dalam meningkatkan ketelusan dan memperkukuhkan hak pengguna, sekali gus memberi ruang kepada mereka membuat pilihan ubat berdasarkan kemampuan kewangan masing-masing.

Seorang lagi doktor, yang enggan dinamakan, berkata dia menutup kliniknya di Kuala Lumpur hari ini untuk menyertai protes hari ini.

Sejumlah doktor dilihat membawa sepanduk menunjukkan kenaikan harga ayam dan ikan - malah nasi lemak - sementara bayaran konsultasi mereka tidak berubah sejak lebih tiga dekad.

Peserta yang lain pul membawa sepanduk yang mempersoalkan sama ada adil atau tidak yuran konsultasi doktor masih kekal RM35, sedangkan tukang kunci dan tukang paip boleh mengenakan caj sebanyak RM200 dan RM150 bagi perkhidmatan mereka.

Keluhan para doktor

Punca utama ketidakpuasan hati para doktor adalah keputusan kerajaan untuk menguatkuasakan arahan paparan harga ubat-ubatan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723).

Mereka berpendapat undang-undang ini lebih sesuai digunakan untuk perniagaan runcit dan bukannya perkhidmatan penjagaan kesihatan. Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Ubat) 2025 termasuk di bawah akta ini.

Menurut mereka, doktor sudah pun tertakluk di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) yang mengawal selia profesion mereka.

Penguatkuasaan pemaparan harga ubat ini, kata mereka, boleh menyebabkan pertindihan kuasa yang berisiko menimbulkan kekeliruan dan mungkin mengganggu perkhidmatan penjagaan kesihatan primer di Malaysia.

“Kalau kita tengok sektor profesional ini, ada banyak komponen. Komponen utama adalah duty of care (tanggungjawab penjagaan). Jadi, tanggungjawab penjagaan ini merangkumi perjalanan seorang pesakit dari masuk ke klinik berdaftar, jumpa doktor, ambil ubat dan 

“Sepanjang perjalanan ini, terdapat 54 akta dan peraturan yang mengawal sektor perubatan swasta. Jadi, bila ada akta baru, kita rasa tersepit,” kata  bakal presiden MMA Dr Thirunavukarasu Rajoo ketika berucap semasa himpunan tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen