malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Polis siasat dakwaan pelajar lelaki tingkatan dua dibuli di USJ
Diterbitkan:  May 5, 2025 10:56 PM
Dikemaskini: 2:56 PM
ADS

Polis menyiasat dakwaan seorang pelajar lelaki tingkatan dua yang menjadi mangsa buli dan pukul pelajar lain di sebuah sekolah di USJ 4 dekat Kuala Lumpur sejak bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata polis menerima laporan daripada bapa mangsa yang berusia 43 tahun Jumaat lepas setelah mengetahui kejadian itu sudah berlaku berulang kali kepada anaknya.

Beliau berkata mangsa memaklumkan bapanya pada 2.30 petang hari yang sama dengan mendakwa dia telah dipukul oleh seorang pelajar di sekolah berkenaan.

“Pada Selasa lepas, semasa mangsa berada di kelas, seorang pelajar telah datang dan terus menumbuk mukanya.

“Kejadian kedua berlaku pada Jumaat lepas dan mangsa menyatakan bahawa telah datang tiga lagi pelajar di sekolah itu yang menolak pengadu hingga berlaku pergelutan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen