malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Anwar sahkan Rafizi hadir mesyuarat pimpinan pusat PKR
ADS

Presiden PKR Anwar Ibrahim mengesahkan kehadiran Timbalan Presiden parti itu, Rafizi Ramli, dalam mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Pusat (MPP) yang berlangsung semalam.

"Semalam dia (Rafizi) hadir," kata perdana menteri kepada pemberita di Shah Alam.

Ditanya apakah Rafizi ada membangkitkan sebarang isu semasa mesyuarat itu, Anwar berkata, "Kami membincangkan keputusan itu dengan baik, Alhamdulillah."

Sebelum ini, timbul spekulasi mengenai kedudukan Rafizi dalam kerajaan dan parti selepas dia dilaporkan mengambil cuti.

Tindakan itu mencetuskan khabar angin mengatakan Rafizi akan meletakkan jawatan, namun perkara tersebut dinafikan oleh PKR.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil juga mengesahkan kehadiran Rafizi pada mesyuarat MPP semalam.

Fahmi yang ditemui media pada majlis pelancaran “TV5 Free-to-Air Digital Movie Channel” di Kuala Lumpur, hari ini berkata menteri ekonomi itu dalam keadaan yang baik. Dia hadir bagi mendapatkan maklum balas mengenai hasil kajian audit pencalonan pemilihan PKR 2025.

“Kehadiran beliau adalah bagi mendapat maklum balas hasil daripada kajian audit yang telah dilaksana oleh auditor luar terhadap sistem (pencalonan).

“Seperti Setiausaha Agung PKR (Fuziah Salleh) nyatakan, tidak ada apa-apa masalah dengan sistem dan selepas habis mesyuarat itu beliau (Rafizi) beredar dari tempat mesyuarat yang diadakan,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen