malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Bantuan segera disalur kepada SMK Tinggi Setapak - Fadhlina
Diterbitkan:  Apr 29, 2025 11:27 AM
Dikemaskini: 3:31 AM
ADS

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memberi jaminan bantuan segera akan disalurkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak di Kuala Lumpur, susulan insiden kebakaran melibatkan sebuah blok bangunan asrama sekolah itu semalam.

Beliau berkata tumpuan pada masa ini adalah memastikan keselamatan pelajar, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara.

“Saya telah menerima perkhabaran mengenai musibah kebakaran di SMK Tinggi Setapak.

“Bantuan segera akan disalurkan untuk memastikan kesejahteraan semua terlibat terpelihara,” katanya menerusi hantaran di laman facebook rasminya hari ini.

Dalam kejadian semalam, sebuah blok asrama SMK Tinggi Setapak yang menempatkan 91 pelajar lelaki terbakar pada 8.43 malam.

Bagaimanapun, kesemua pelajar dilaporkan selamat kerana kejadian berlaku ketika mereka berada di surau sekolah untuk menunggu waktu isyak.

Komander Operasi Bomba TPgB II Japari Tajuddin memaklumkan kebakaran melibatkan tingkat satu bangunan itu, mengakibatkan 80 peratus bahagian asrama musnah.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen