malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
DAP P Pinang sumbang RM200,000 kepada kelab veteran parti
ADS

Jawatankuasa DAP Pulau Pinang bersetuju untuk memberikan sumbangan sebanyak RM200,000 kepada Kelab Veteran parti itu bagi menjaga kebajikan ahlinya.

DAP Pulau Pinang dalam kenyataan hari ini memaklumkan sumbangan itu adalah bagi membantu ahli veteran khususnya yang menghidap penyakit serius seperti kanser.

“Parti amat menghargai jasa dan pengorbanan para veteran yang telah banyak menyumbang kepada perjuangan DAP selama ini,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, Jawatankuasa DAP Pulau Pinang juga telah menubuhkan Pasukan Petugas Strategik bagi merancang strategi dan melaksanakan program menyantuni rakyat di negeri itu.

Menurut DAP Pulau Pinang, penubuhan pasukan itu akan memperkukuh gerak kerja parti, memobilisasi sokongan rakyat dan memastikan perkhidmatan DAP diutamakan untuk manfaat rakyat.

“Pasukan petugas ini akan dipimpin oleh Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang Joshua Woo. DAP Pulau Pinang kekal komited untuk memperjuangkan keadilan sosial dan memperkasa rakyat di negeri ini,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen