malaysiakini logo
ADS
story-image
mk-logo
Berita
Angka kematian gempa bumi Myanmar meningkat kepada 3,471
ADS

Angka kematian akibat gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter yang melanda Myanmar meningkat kepada 3,471 setakat Sabtu, lapor akhbar harian yang dikendalikan kerajaan The Mirror pada Ahad, menurut Xinhua.

Gempa bumi itu juga mengakibatkan 4,671 orang cedera dan 214 lagi masih hilang setakat Sabtu.

Laporan itu turut mendedahkan bahawa organisasi penyelamat tempatan dan antarabangsa berjaya menyelamatkan 653 orang yang terperangkap di dalam bangunan selepas gempa, dan 682 mayat dikeluarkan dari runtuhan.

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen