malaysiakini logo
ADS
story-image
mk-logo
Berita
'Bukan bailout' - Fahmi pertahan suntikan RM1.1 b k'jaan dalam Sapura
ADS

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil tampil mempertahankan keputusan kerajaan menyuntik sebanyak RM1.1 bilion dalam Sapura Energy Bhd yang menghadapi masalah kewangan.

Menolak dakwaan bahawa langkah itu merupakan satu bentuk penyelamatan (bailout) oleh kerajaan, Fahmi menegaskan bahawa suntikan berkenaan merupakan satu “pelaburan strategik”.

Katanya, ia juga berbeza dengan usaha penyelamatan yang pernah dilakukan oleh kerajaan terdahulu, khususnya ketika era bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

That is a real bailout (ketika zaman Mahathir). Ini bukan. Ini (kerajaan) Madani,” katanya berseloroh dalam sidang media pasca mesyuarat kabinet di Putrajaya hari ini.

Dalam pemfailan kepada Bursa Malaysia semalam, Sapura Energy mengumumkan bahawa ia menerima suntikan sebanyak RM1.1 bilion daripada Malaysia Development Holding Sdn Bhd (MDH) — sebuah syarikat tujuan khas (special purpose vehicle) di bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan).

ADS

Pelaburan itu akan digunakan secara eksklusif untuk membayar hutang syarikat minyak dan gas itu kepada 2,000 vendornya.

Fahmi berkata kerajaan tidak menganggap pelaburan dalam bentuk saham boleh tebus yang boleh ditukar (redeemable convertible shares) itu sebagai satu bentuk bailout kerana ia dibuat dengan syarat-syarat tertentu.

“Pelaburan itu akan digunakan khusus untuk menguruskan tunggakan yang perlu dibayar oleh SEB kepada lebih 2,000 vendor di mana 80 peratus daripadanya adalah bumiputera.

ADS

“Jadi di pihak kerajaan secara umumnya kita akan teliti tapi kita akan amalkan prinsip Madani dimana ia bukan duit percuma,” katanya.

Fahmi berkata antara pertimbangan yang diambil kira ialah perubahan dalam Sapura Energy dan kerajaan mahukan syarikat itu berada dalam kedudukan yang lebih mampan.

Terdahulu, Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman mempersoalkan rasional penyaluran dana awam berjumlah RM1.1 bilion kepada sebuah syarikat yang berdepan kerugian.

Selain itu Syahir turut mempersoalkan apakah tindakan ‘bailout’ itu merupakan keputusan jemaah menteri secara konsensus.

Dia juga meminta penjelasan perkara itu daripada pemimpin DAP seperti pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang, yang konsisten menentang amalan bailout sebelum ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen