malaysiakini logo
ADS
story-image
mk-logo
Berita
Ismail Sabri beri keterangan kepada SPRM Jumaat ini
Diterbitkan:  Mar 4, 2025 8:36 PM
Dikemaskini: 1:07 PM
ADS
1

Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob dijangka hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada Jumaat ini bagi memberi keterangan berkaitan siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dirinya.

Dia pada mulanya dijadual memberi keterangan esok namun ditangguhkan atas faktor kesihatan.

“Keterangan Ismail Sabri (yang dijadual) esok ditangguhkan ke 7 Mac ini (Jumaat), jam 10 pagi di ibu pejabat SPRM.

“Penangguhan kerana tahap kesihatannya yang rendah. Dia ada sijil sakit,” kata sumber SPRM kepada Malaysiakini.

Terdahulu, Bernama memetik Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki sebagai berkata, ahli Parlimen Bera itu dijangka memberi keterangan pada jam 10.30 pagi esok.

ADS

Azam berkata kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Semalam, Azam berkata Ismail Sabri merupakan suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta di dalam sebuah safehouse susulan serbuan SPRM.

SPRM telah merakam percakapan 31 individu serta membekukan 13 akaun bank bernilai kira-kira RM2 juta.

SPRM sebelum ini menyita wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa serta 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai hampir RM7 juta.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
1