Pengerusi DAP Lim Guan Eng menggesa kerajaan menambah peruntukan kepada golongan bukan bumiputera kepada 10 peratus berbanding peruntukan kepada bumiputera.
Memberikan contoh, katanya, dalam Belanjawan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 2022, bumiputera diperuntukkan sebanyak RM11.4 bilion manakala bukan bumiputera diberikan pula RM345 juta atau tiga peratus.
“Saya menyokong apa-apa jumlah yang diberikan untuk membantu kaum bumi tetapi yang diminta ialah peratusan tiga peratus yang diperuntukkan kepada kaum bumi dinaikkan kepada 10 peratus untuk kaum bukan bumi.
“Contohnya sekiranya RM12 bilion diperuntukkan kepada kaum bumi, berikanlah 10 peratus atau RM1.2 bilion kepada kaum bukan bumi.
“Ini selaras dengan kerajaan perpaduan yang menjaga semua rakyat,” katanya.