malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PKR Sabah ada autonomi tentukan agihan kerusi, sekutu politik
Diterbitkan:  Mar 2, 2025 2:11 PM
Dikemaskini: Mar 3, 2025 1:43 AM
ADS

PKR Sabah mempunyai mandat menentukan agihan kerusi, rakan kerjasama politik dan manifestonya sendiri, tegas ketua penerangan PKR negeri, Razeef Rakimin.

Jelasnya keputusan ini tidak dibuat oleh kepimpinan pusat parti seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

"Sebagai makluman, soal kerjasama dalam pilihanraya ditentukan oleh Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah kemudian diserahkan kepada pimpinan pusat sebagai makluman sebelum diumumkan.

"Ini berbeza dengan laporan yang mendakwa kerjasama ditentukan oleh pimpinan pusat.

Ketua Penerangan PKR Sabah Razeef Rakimin.

"PKR Sabah mempunyai autonomi sendiri dalam menentukan agihan kerusi, rakan kerjasama serta manifesto yang akan dibawa bersesuaian dengan semangat Sabahan.

"Saya juga meminta pimpinan PKR di negeri ini untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa merujuk kepada majlis pimpinan negeri," katanya.

Dia merujuk kenyataan Timbalan Bendahari PKR Sabah, Nordin Ening semalam yang mengatakan keputusan mengenai rakan politik menghadapi pilihan raya negeri akan ditentukan oleh kepimpinan pusat parti.

Menurut laporan The Star, Nordin berkata pimpinan pusat PKR akan mempertimbangkan pandangan kepimpinan negeri melalui proses perundingan.

PKR kerjasama Umno?

Kenyataan itu dibuat sebagai maklum balas terhadap persoalan sama ada PKR Sabah akan bekerjasama dengan Umno atau tidak dalam pilihan raya negeri akan datang.

Nordin turut memaklumkan PKR Sabah kini sedang menapis dan memilih calon yang akan bertanding pada pilihan raya negeri.

Sementara itu, Razeef menegaskan pemimpin PKR Sabah tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan tanpa merujuk kepada majlis pimpinan negeri.

"Di peringkat negeri, PKR telah putuskan hanya pengerusi dan timbalan pengerusi boleh mengeluarkan kenyataan sendiri dan ketua penerangan diberi amanah selaku jurucakap parti dan hanya ketua penerangan boleh mengeluarkan kenyataan selepas disahkan biro politik," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen