malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Ramadan: Kakitangan awam boleh pulang setengah jam awal
ADS

Kakitangan awam dibenarkan pulang ke rumah setengah jam lebih awal sepanjang bulan Ramadan tahun ini sekiranya mereka memilih untuk memendekkan waktu rehat.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata arahan itu diputuskan menerusi peraturan waktu bekerja fleksi dengan penjawat awam diberi dua pilihan.

"Pilihan A ialah mereka boleh kekal dengan waktu kerja biasa atau pilihan B iaitu mengambil waktu rehat yang lebih singkat 30 minit dan menggunakan masa itu untuk pulang 30 minit lebih awal.

"Bagi kakitangan awam, mereka boleh merujuk kepada ketua jabatan atau ketua kementerian untuk mendapatkan penjelasan, terutamanya jika mereka belum mengisi borang yang diperlukan atau memaklumkan tempat kerja tentang pilihan mereka.

"Bagi yang memilih Pilihan B, anda boleh pulang 30 minit lebih awal, tetapi pastikan kerja anda selesai," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Katanya, keputusan ini dicapai setelah perbincangan dengan Ketua Setiausaha Negera Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Umat Islam dijangka mula menyambut Ramadan pada 1 Mac ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen