malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Ramadan: Penjawat awam Selangor boleh balik 30 minit awal
Diterbitkan:  Feb 28, 2025 1:25 PM
Dikemaskini: 5:28 AM
ADS

Penjawat awam Selangor dibenarkan pulang awal 30 minit sepanjang Ramadan tetapi waktu rehat juga dikurangkan selama tempoh itu.

Berikut jadual pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) sepanjang bulan puasa di negeri itu:


Masuk: 7.30 - 9.00 pagi 

Rehat:  
(Isnin-Khamis: 1 - 1.30 tengah hari)
(Jumaat: 12.30 tengah hari - 2.30 petang)

Balik: 4 - 5.30 petang   
(Harus penuhi tempoh bekerja 9 jam sehari)


Operasi kaunter kekal seperti waktu biasa tanpa sebarang perubahan. 

“Waktu operasi kaunter kekal seperti biasa bagi memastikan kelancaran urusan rakyat tanpa sebarang perubahan atau gangguan,” kata Setiausaha Kerajaan Negeri Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin.

Katanya, keputusan itu selari dengan penetapan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Cerajan SR.4.1.1. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia - Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) di Agensi Kerajaan Persekutuan.  

“Pelaksanaan WBF ini bukan sahaja bertujuan untuk memberikan fleksibiliti kepada penjawat awam sepanjang bulan Ramadan, tetapi juga sebagai langkah menjaga kebajikan mereka agar dapat menjalankan tugas dengan lebih selesa dan seimbang sepanjang tempoh berpuasa,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen