Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa berkata, undang-undang sedia ada menghalang pelantikan ahli majlis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Bagaimanapun, dia memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa dia telah mengarahkan Jabatan Wilayah Persekutuan dan DBKL mengkaji akta berkenaan - Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 - kerana ia tidak pernah dipinda sejak digubal.
"Akta tersebut memperuntukkan - maksimum - sejumlah 15 orang Ahli Lembaga Penasihat (Lembaga Penasihat Bandar Raya Kuala Lumpur) yang berfungsi untuk menasihati datuk bandar bagi pengurusan bandar raya," jelasnya.
Dia merujuk kepada pengaktifan semula Majlis Menteri Wilayah Persekutuan, yang diumumkan pada Januari 2024, sebagai langkah alternatif.
Majlis itu melibatkan ahli Parlimen dari kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam meneliti perkara berkaitan dasar, tambahnya.
Sebelum pengaktifannya semula, majlis itu kali terakhir bermesyuarat pada 2019.
Selain itu, Zaliha berkata ahli Parlimen itu telah bergabung dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam satu lagi majlis yang ditubuhkan oleh DBKL.
Penjelasan Zaliha itu suslan soalan daripa ahli parlimen DAP Tan Kok Wai (Pakatan Harapan-Cheras).
Pada sidang lepas, seorang lagi Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng (PH- Kepong) menggesa kerajaan membenarkan pelantikan ahli majlis tempatan ke DBKL, mengikut contoh negeri lain.

