Aplikasi WhatsApp Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud digodam pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan meminta pinjaman wang.
Perkara itu dimaklumkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri (UPKN) Kelantan di Faebook, malam tadi.
“WhatsApp Menteri Besar Kelantan diceroboh, sila abaikan jika dapat sebarang mesej memohon sumbangan,” kata UPKN Kelantan.
Hantaran itu turut memaparkan komunikasi penggodam yang berunsur penipuan (scam).
Penggodam itu meminta seseorang supaya memindahkan wang RM3,000 ke satu akuan Maybank atas nama Nusyahirah Binti Zulkefle.
Sementara itu Mohd Nassuruddin turut meminta orang ramai supaya mengabaikan sebarang mesej yang menggunakan namanya.
“Pegawai khas saya selesai membuat laporan polis di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu susulan akaun WhatsApps yang digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Disarankan kepada yang telah melakukan transaksi ke akaun 'keldai' tersebut dapat membuat laporan Polis sesegera mungkin.
“Basmi jenayah komersil, tanggungjawab bersama,” katanya di Facebook.

