malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Majoriti pimpinan AMK Johor sokong Kamil ketua Pemuda PKR'
Diterbitkan:  Feb 13, 2025 9:47 PM
Dikemaskini: Feb 14, 2025 1:02 AM
ADS

Naib Ketua AMK Johor, Muhammad Faezuddin Mohd Puad "menyokong penuh dan bersetuju" dengan pencalonan setiausaha politik kepada menteri kewangan Kamil Abdul Munim untuk memimpin Pemuda PKR.

"Saya percaya bahawa kepimpinan baharu AMK Malaysia perlu diterajui oleh seorang pemimpin yang berani, berwibawa, dan mempunyai rekod kerja yang baik.

"Saya menyeru kepada seluruh anggota AMK di seluruh negara untuk bersatu dan memberikan sokongan penuh kepada Kamil Munim dalam pemilihan parti kali ini," kata Muhammad Faezuddin pada satu kenyataan hari ini.

Pemimpin AMK Johor itu juga berkata Kamil selaku timbalan ketua Pemuda PKR berperanan penting mengukuhkan organisasi dan menggerakkan jentera.

"Saya yakin majoriti pimpinan AMK Johor menyokong penuh dan bersetuju dengan pencalonan Muhammad Kamil Abdul Munim sebagai Ketua AMK Malaysia dalam pemilihan akan datang," katanya lagi.

Pagi tadi, Kamil dilaporkan berkata dia sedang mempertimbangkan permintaan akar umbi agar dia merebut jawatan ketua Pemuda PKR pada pemilihan Mei depan.

Ketua Pemuda PKR Adam Adli Abdul Halim yang juga timbalan menteri belia dan sukan pada 11 Feb menyuarakan hasrat bertanding Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

"Tahun ini tamat penggal saya sebagai Ketua AMK dan sudah melepasi kelayakan umur," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen