malaysiakini logo
story-image
ADS

Ketika Bersatu menjangkakan kemungkinan berlaku pilihan raya mengejut pada penghujung tahun ini, pemimpin Amanah tampil mengingatkan pembubaran parlimen itu hak Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Amanah Faiz Fadzil menegaskan partinya bersedia berhadapan dalam apa jua pilihan raya.

Katanya memandangkan pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim baru memasuki separuh penggal, maka fokus harus diberikan kepada usaha pembangunan negara dan penyelesaian ekonomi rakyat.

“Amanah bersedia berhadapan dalam apa jua pilihan raya yang bakal berlaku kerana kekuatan Perpaduan yang dibina di kalangan parti komponen PH-BN telah menang dalam kebanyakan pilihan raya kecil sebelum ini,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali yang memaklumkan partinya diarahkan membuat persediaan dengan jangkaan kemungkinan berlaku pilihan raya mengejut tahun ini.

Menurutnya, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menegaskan semua jentera Bersatu mesti digerakkan sekarang untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya itu.

Mengulas lanjut, Faiz berkata Azmin dan PN akhirnya mengiktiraf pilihan raya sebagai kaedah demokrasi yang sah dan bukan lagi kudeta yang dibuat terhadap pemerintahan PH sebelum ini.

“Ini menunjukkan Azmin dan PN insaf dengan tindakan mereka melakukan Langkah Sheraton yang telah membunuh demokrasi dan mengancam pembangunan negara di mana kestabilan politik tidak wujud akibat langkah songsang tersebut,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen