malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
KKM sedia teliti semula pengharaman vape
Diterbitkan:  Feb 2, 2025 6:10 PM
Dikemaskini: 10:10 AM
ADS

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersedia untuk meneliti semula kemungkinan pengharaman penuh vape di Malaysia.

Menteri Dzulkefly Ahmad berkata tumpuan ketika ini adalah untuk mengawal selia dan mengawal vape.

Dia berkata demikian di tengah-tengah tindak balas terhadap kerajaan selepas Setiausaha Politik Perdana Menteri Anwar Ibrahim - Shamsul Iskandar Md Akin - berkata adalah sukar bagi kerajaan untuk mengharamkan vape.

Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, Dzulkefly berkata walaupun terdapat rancangan oleh menteri sebelumnya seawal 2015 untuk mengharamkan vape, Malaysia telah terlepas peluang untuk menggubal sekatan penuh seperti di Singapura, Thailand dan Brunei.

Ketika Akta Kawalan Produk Merokok berkuat kuasa, produk vape telah pun meluaskan pasaran.

Tumpuan kini diberikan kepada kawalan ketat, termasuk pendaftaran wajib, yang dikatakan telah menyebabkan 80 peratus produk vape dan e-rokok dikeluarkan daripada pasaran.

"Walaupun kita nampak seperti 'tiada political will' untuk total ban (pengharaman penuh) seperti negara jiran, namun saya percaya kita akan menangani masalah ini dengan situasi dan realiti yang ada di negara kita ini.

"Insya-Allah kita bersedia untuk 'revisit' dan boleh dilaksanakan sebagaimana saranan ang Dipertua Persatuan Kesihatan Ikram Malaysia Dr Afiq Mohd Nor jika keadaan menuntut," kata Dzulkefly.

Menteri kesihatan itu menambah, buat masa ini dia perlu meyakinkan kumpulan masyarakat sivil untuk mempercayai peraturan sedia ada, dan bekerjasama untuk mengawal bahaya sedia ada.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen