Konvensyen Amanah hari ini menolak usul supaya digulan undang-undang agar pilihan raya kecil (PRK) tidak dilaksanakan sekiranya berlaku kekosong kerusi di luar jangka.
Usul yang dikemukan oleh Angkatan Wanita Amanah (Awan) itu ditolak selepas perbahasan dan undian dijalankan dalam sidang yang berlangsung di sebuah hotel di pinggir bandar raya Kelang.
Terdahulu Awan mengusulkan supaya Amanah mengesa kerajaan Malaysia melakukan pindaan pada Perkara 54 (1) Perlembagaan Malaysia untuk tidak diadakan PRK sekiranya berlaku kekosongan luar jangka seperti disebabkan kematian wakil rakyat.
Setiausaha Organisasi Awan, Anis Afida Mohd Azli mengemukakan usul tersebut dengan mengambil kira perbelanjaan tinggi yang digunakan bagi mengadakan PRK.
Menurutnya berdasarkan data yang dikongsikan oleh seorang pakar perlembagaan sebelum ini, lebih RM66 juta dibelanjakan sejak PRK pertama diadakan pada 1999 hingga Mei 2016, dengan secara purata RM1 juta dibelanjakan untuk satu siri pilihan raya.
“Melihat kepada situasi ini, Awan menggesa kerajaan untuk meminda Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan, agar pilihan raya tidak perlu diadakan untuk mengisi kekosongan luar jangka di Dewan Rakyat dan dewan undangan negeri (DUN) dalam tempoh 60 hari dari tarikh pengisytiharan yang disebabkan oleh kematian penyandang.
“Pindaan tersebut (juga) perlu membenarkan kekosongan kerusi penyandang tersebut dinamakan penggantinya daripada parti yang memenangi kerusi berkenaan.
“Hal ini dapat menjimatkan perbelanjaan negara serta semua pihak yang terlibat,” katanya ketika pembentangan usul berkenaan.
Perbahasan yang berlangsung kemudiannya mempamerkan keseimbangan sama ada perwakilan yang menyokong ataupun membantah usul berkenaan.
Bagaimanapun undian akhir yang dilakukan menyaksikan lebih ramai perwakilan membantah usul tersebut, sekali gus ia ditolak.