malaysiakini logo
ADS
story-image
mk-logo
Berita
WBB masih di peringkat cadangan- menteri
ADS

Waktu Bekerja Berlainan (WBB) iaitu sistem syif baharu untuk petugas penjagaan kesihatan awam masih di peringkat cadangan, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata ia merupakan usaha berterusan untuk penambahbaikan perkhidmatan dan kebajikan petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

"Apapun perkara ini (WBB) masih dalam status cadangan dan belum pun sampai kepada saya dan juga jauh lagi kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Malangnya ia telah didedahkan, mungkin sengaja, mungkin tidak sengaja," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kaca Mata Bagi Program Pemeriksaan Refraksi dan Penajaan Pembetulan Ketajaman Penglihatan kepada murid Tahun 1 kategori B40 dan M40 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.Dzulkefly berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Hartal Doktor Kontrak (HDK) untuk menarik balik WBB dengan serta-merta.

ADS

HDK mendakwa WBB telah menyebabkan kemarahan dalam kalangan pegawai perubatan apabila KKM mengumumkannya tanpa penglibatan terlebih dahulu dengan pihak berkepentingan utama.

Dzulkefly berkata beliau faham setiap cadangan ada baik dan buruknya yang akan menimbulkan kegusaran.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata sebarang pelaksanaan akan melalui proses penilaian libat urus yang teliti khusus dengan hospital, doktor pakar dan ketua-ketua jabatan berkaitan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen