malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
KATA MP | Dulu tak emosi, Muhyiddin kata PAS parti ajaran sesat
ADS

KATA MP | Pada suatu ketika dahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah melabelkan parti PAS sebagai “Parti Ajaran Sesat.” Namun, PAS tidak menunjukkan reaksi beremosi terhadap kenyataan tersebut.

Malah, ramai menteri Melayu sebelum ini pernah menghadiri majlis sambutan Hari Krismas tanpa sebarang isu yang ditimbulkan oleh PAS, apatah lagi menuduh mereka melampau.

Namun kini, apabila Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, menganjurkan program sambutan Krismas dan mengkritik PAS sebagai 'sesat', seluruh jentera PAS tiba-tiba dikerah untuk membuat laporan polis.


BACA BERKAITAN:

ADS

TPM: PAS parti ajaran sesat bawa fatwa songsang

ULASAN | Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti 'ajaran sesat'

Pemuda PAS kecam sambutan Krismas di pejabat KPKT


Setakat semalam, sebanyak 69 laporan polis telah dibuat (gambar atas) dan PAS merancang untuk mengadakan demonstrasi awam selain bercadang menyaman Nga di mahkamah.

Keadaan ini ‘sudah terang lagi bersuluh’ bahawa PAS adalah sebuah parti yang bersikap ultra hipokrit dan pembuli.

Mengapa standard mereka berubah bergantung kepada siapa yang berkata atau melakukan sesuatu?

Jika PAS benar-benar serius dalam isu ini, mereka wajar menjelaskan sama ada mereka juga berniat untuk melarang majlis rasmi sambutan Deepavali untuk masyarakat India, Gong Xi Fa Cai untuk kaum Cina, atau pesta Kaamatan dan Gawai di Sabah serta Sarawak yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.

Jika ya, mereka sepatutnya berani mengumumkan pendirian ini sebelum Pilihan Raya Umum ke-16.

Jangan hanya berani di belakang, tetapi takut menyatakan pendirian sebenar di hadapan rakyat.

Saya mencadangkan pemimpin-pemimpin PAS untuk memahami dan menghayati maksud kebebasan beragama bagi rakyat bukan Muslim seperti yang termaktub dalam Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Kebebasan ini adalah asas kepada keharmonian masyarakat majmuk di negara kita.

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng.

Akhir sekali, saya menyeru PAS untuk memainkan peranan yang lebih inklusif dalam menyatupadukan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

ADS

Tumpukanlah tenaga kepada usaha untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara, bukannya mencetuskan perpecahan.


LIM LIP ENG ahli parlimen Kepong.

Artikel ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen