malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Universiti perlu beri ruang pada industri teroka teknologi baru - PM
ADS

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa universiti awam khususnya di wilayah utara untuk memberi ruang yang secukupnya kepada pihak industri agar dapat bekerjasama dalam meneroka disiplin ilmu baharu melibatkan industri berteknologi tinggi.

Anwar berkata sinergi antara universiti dengan pihak industri dan swasta adalah penting khususnya dalam membangunkan industri semikonduktor serta ekosistem yang berkaitan, selaras dengan kedudukan Pulau Pinang sebagai hab semikonduktor di rantau ini.

Beliau berkata ia juga bagi memenuhi keperluan mendesak negara yang memerlukan jurutera berkelayakan yang mencukupi dalam industri berteknologi tinggi termasuk industri reka bentuk litar bersepadu (IC).

“Universiti harus memberi ruang sewajarnya kepada industri untuk terlibat dengan lebih agresif. Kita buat penyesuaian dari semasa ke semasa, tetapi cara terbaik untuk mendidik, melatih, serta meningkatkan dan memperbaharu kemahiran adalah dengan memastikan sinergi, kerjasama antara industri dengan institusi pendidikan.

"Penting bagi misi pendidikan memastikan hal ini berlaku dengan pantas dan bersedia untuk membuat penyesuaian," katanya pada Majlis Perasmian Penang Silicon Design @5km+ di Bayan Lepas dekat George Town hari ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen