malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
RUU Majlis Media dibentang minggu depan - Fahmi
Diterbitkan:  Dec 6, 2024 4:38 PM
Dikemaskini: 9:17 AM
ADS

Jemaah menteri hari ini bersetuju supaya Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMM) dibentangkan di Dewan Rakyat, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Katanya, sehubungan itu RUU itu akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama, minggu depan.

"Sekiranya ada masa akan dibahas dibuat bacaan kedua dalam mesyuarat kali ini.

“Jika tidak ia telah disenaraikan untuk dibahas dalam mesyuarat akan datang," katanya dalam sidang media hari ini di Putrajaya.

Penubuhan Majlis Media Malaysia adalah bagi membangunkan dan melaksanakan kod etika pelaporan yang dapat memperkasakan profesion kewartawanan negara serta memastikan pelaporan berita dilakukan oleh media secara bertanggungjawab.

Majlis itu turut berfungsi menggalakkan komunikasi antara pengamal media, kerajaan dan orang awam selain menyokong pembangunan profesional wartawan serta organisasi media.

Premesh Chandran

Sementara itu, pengerusi jawatankuasa sementara MMM, Premesh Chandran ketika dihubungi berkata mereka masih belum melihat draf akhir RUU berkenaan.

"Kami mengalu-alukan keputusan hari ini selepas proses yang panjang termasuk perbincangan dan perundingan dengan pihak berkepentingan termasuk ahli media, kerajaan, dan sebagainya.

"Walau bagaimanapun, kami belum melihat draf akhir RUU itu. Maka, kami tidak boleh membuat sebarang komen.

"Setelah dibentangkan di parlimen, kemudian akan kami memberi ulasan yang sewajarnya," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen