Sebagai pelanggan, anda adalah keutamaan kami. Bulan lalu, Malaysiakini meraikan ulang tahun ke-25, pencapaian yang tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa sokongan berterusan anda.
Pelanggan selama ini memastikan kami kekal fokus menyampaikan berita berkualiti tanpa bimbang terhadap keperluan kewangan. Anda memainkan peranan penting dalam memastikan kewartawanan bebas terus hidup. Anda memberi kuasa kepada rakyat Malaysia dan masyarakat sekeliling untuk membuat keputusan yang lebih bermaklumat.
Malaysiakini menganjurkan sesi pertemuan dan ramah mesra bersama anda–pelanggan setia yang dihargai sekalian. Kami ingin mendengar pandangan anda tentang bagaimana kami boleh memperbaiki perkhidmatan. Sesi ini juga akan merangkumi perbincangan mengenai moderasi komen.
“Perjalanan Malaysiakini bergantung kepada pandangan anda.
“Sebagai rakan kongsi yang sama penting dalam misi kami, suara anda membentuk hala tuju kami dan memperkukuhkan visi kami," kata Editor Eksekutif Malaysiakini, RK Anand.
"Bersama-sama, kita akan terus berjuang untuk merealisasikan impian kita ke arah Malaysia yang lebih baik."
Malaysiakini tidak akan wujud tanpa anda. Maklum balas anda amat penting bagi kami. Setiap pelanggan membawa makna besar. Sertai kami pada 12 Disember dan RSVP sekarang.
Tarikh: 12 Disember
Masa: 7:30 malam
Lokasi: Aras Bawah, Pejabat KINI, No. 9, Jalan 51/205A, Off Jalan Tandang, 46050, PJ, Selangor.
RSVP sebelum 11:59 malam, 9 Disember
Tempat terhad.
Hidangan ringan akan disediakan.
Kewartawanan berkualiti dan penyiasatan kami memerlukan sokongan anda. Hubungi kami di +60 17-323 0707 untuk menjadi pelanggan seumur hidup, atau perbaharui pakej anda. Anda juga boleh menghadiahkan langganan kepada rakan. Sebagai alternatif, salurkan sumbangan anda di sini.