malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mahkamah beri polis 6 bulan lengkapkan siasatan kes kematian Teoh
ADS

Keluarga Teoh Beng Hock berjaya dalam tindakan undang-undang mereka untuk memaksa polis menyelesaikan siasatan sekian lama berhubung kematiannya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini membenarkan semakan kehakiman berhubung insiden 2009 susulan kematian mendiang selepas disoal siasat oleh SPRM.

Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan terdapat kelewatan dalam siasatan dan memerintahkan polis melengkapkan siasatan dalam tempoh enam bulan dari tarikh hari ini.

Teoh ditemui mati pada 16 Julai tahun itu, di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat semalaman di tingkat 14, ibu pejabat SPRM Selangor di Shah Alam.

Pada masa kematiannya, Teoh adalah pembantu politik kepada Exco Selangor dan Adun DAP Seri Kembangan Ean-Yong Hian Wah.

Pada 2011, Suruhanjaya Siasatan Diraja memutuskan bahawa Teoh telah didorong untuk membunuh diri susulan  soal siasat agresif suruhanjaya antirasuah itu.

Pada 2014, Mahkamah Rayuan sebulat suara memutuskan kematiannya disebabkan oleh perbuatan "orang atau mereka yang tidak dikenali", termasuk pegawai SPRM yang menyoalnya semalaman sebelum dia ditemui mati.

Keluarga Mendiang Teoh Beng Hock

Dalam permohonan yang difailkan pada 4 Jan 2022, ibu bapa Beng Hock,  Teoh Leong Hwee, 76, dan Teng Shuw Hoi, 71, telah memohon pengisytiharan bahawa kegagalan polis dan tiga yang lain melengkapkan siasatan kes kematian anak mereka dalam tempoh masa yang munasabah telah melanggar Seksyen 20 (3) Akta Polis 1967.

Pada 16 Jun 2022, Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada pasangan itu untuk memulakan  semakan kehakiman selepas menolak bantahan Jabatan Peguam Negara terhadap permohonan itu.

Pasangan berkenaan turut menuntut deklarasi bahawa polis telah melakukan kecuaian dan cuba menafikan hak keperlembagaan pemohon di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, dan memohonperintah mandamus agar responden pertama (KPN) melengkapkan siasatan kematian Teoh dalam tempoh sebulan dari tarikh penghakiman.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen