malaysiakini logo
story-image
ADS

PARLIMEN l Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa tidak akan ada perlindungan dalam siasatan SPRM terhadap dakwaan skandal rasuah melibatkan beberapa Adun Sabah.

Bercakap di Dewan Rakyat, Anwar mengulangi kesungguhan kerajaan dalam memerangi rasuah dan berkata, pihaknya tidak akan melindungi sesiapa.

“Kalau dimulakan dengan soal rasuah, langkah-langkah  itu memang tegas. Saya tahu tak mudah kerana sukar untuk perangi rasuah bila melibatkan golongan maha kaya kerana ramai penyokong-penyokong mereka.

“Tapi saya dah diberi maklum olehSPRM bahawa hal ini akan diteruskan termasuk isu-isu berbangkit, terutama terakhir di Sabah.

“Itu dimaklumkan oleh SPRM, siasatan sedang diteruskan dan Adun-adun berkaitan telah dipanggil. Tetapi setakat itu saja saya boleh beri makluman.

“Tetapi tidak benar sama sekali kalau dikatakan ada usaha mengekang atau menyekat (siasatan),” katanya semasa Waktu Soalan Perdana Menteri pagi tadi.

Anwar menjawab soalan yang dikemukakan oleh Awang Hashim (PN-Pendang), yang ingin tahu tentang usaha yang diambil Putrajaya untuk memerangi rasuah di Malaysia.

Awal bulan ini, Malaysiakini menyiarkan beberapa siri pendedahan mengenai skandal rasuah yang didakwa membabitkan wakil negeri Sabah.

Siri itu berdasarkan lapan rakaman video yang dibekalkan  oleh seorang pemberi maklumat, yang dilihat Malaysiakini, memaparkan perbincangan antara dirinya dengan  beberapa menteri dan Adun Sabah membincangkan rasuah ratusan ribu yang diberikan kepada mereka sebagai pertukaran menyokong projek.

Pemberi maklumat itu, yang kemudiannya mengaku dirinya sebagai pemberi rasuah, kemudian, menyatakan kesediaannya untuk berkongsi semua bahan bukti yang didakwa  dalam miliknya kepada SPRM dengan syarat  mahu pihak berkuasa memberi perlindungan kepadanya di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen