malaysiakini logo
ADS
story-image
mk-logo
Berita
PM: TikTok jamin kerjasama dengan SKMM, BNM tangani scam, buli siber
ADS

Platform media sosial TikTok memberi jaminan akan melihat permasalahan seperti buli siber dan ancaman scam selain menjalinkan kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menangani isu itu.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dibangkitkan semasa dia bertemu dengan delegasi TikTok yang diketuai CEO Shou Zi Chew di Lima, Peru semalam.

"Dalam pertemuan ini, saya bangkitkan beberapa perkara antaranya pelaksanaan kerangka kawal selia untuk melesenkan perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet mulai 1 Jan tahun depan."

"Saya juga menyentuh isu seperti buli siber, ancaman scam serta budaya fitnah yang berleluasa di Malaysia menerusi TikTok,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, turut dibincangkan ialah kerjasama antara kerajaan Madani dan TikTok di Malaysia.

ADS

“...dan mereka memberi perakuan (akan) melanjutkan pelaburan secara besar-besaran,” katanya.

Dia berkata TikTok juga komited menyokong segala usaha Malaysia sebagai pengerusi Asean 2025.

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen