malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Lebih 100 bermandi hujan demi ‘Keadilan buat Kopi'
ADS

Hujan lebat awal pagi di ibu negara tidak menghalang kira-kira 100 orang untuk hadir di bangunan Parlimen bagi menyerahkan memorandum menuntut keadilan bagi haiwan terbiar.

Pergerakan itu, yang dinamakan "Keadilan buat Kopi", tiba pada jam 10.30 pagi dengan membawa sepanduk dan kain rentang yang menggesa pembaharuan undang-undang dalam mengendalikan haiwan terbiar sambil melaungkan "keadilan buat Kopi" dan "keadilan untuk semua haiwan".

Kira-kira 40 anggota polis hadir untuk menguruskan lalu lintas dan mengawal orang ramai.

Sejurus kemudian, delegasi ahli Parlimen yang diketuai bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob tiba untuk menerima memorandum daripada kumpulan berkenaan.

Antara ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang hadir termasuk ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung, ahli Parlimen Batu Prabakaran, ahli Parlimen Kampar Chong Zhemin, dan ahli Parlimen Klang V Ganabatirau.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen