malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Rahim Tamby Chik, Mas Ermieyati menang ketua bahagian Bersatu
Diterbitkan:  Nov 3, 2024 4:29 PM
Dikemaskini: 8:29 AM
ADS

Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengekalkan jawatan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah dalam pemilihan parti itu yang berlangsung semalam.

Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu Melaka dalam kenyataan hari ini memaklumkan Mas Ermieyati yang juga Ketua Srikandi Bersatu menang selepas menerima 150 undi manakala lawannya, bekas Pengerusi Tetap bahagian itu Rosni Sham Samion pula hanya meraih empat undi.

Dalam pada itu, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik menang jawatan Ketua Bersatu Bahagian Alor Gajah dalam saingan satu lawan satu.

Beliau menerima 105 undi sekali gus menewaskan pencabarnya, Mohd Zamri Abu Bakar yang mendapat 56 undi.

Di Tangga Batu pula, jawatan Ketua Bersatu bahagian itu kini disandang Ramlan Meon yang menang dengan 79 undi selepas menewaskan bekas jurukamera sambilan TV3 Mohd Hanafiah Hamzah yang meraih 26 undi.

Penyandang jawatan Ketua Bersatu Bahagian Hang Tuah Jaya Mohd Azrudin Md Idrus menang tanpa bertanding selepas tidak dicabar mana-mana pihak.

Bersatu Bahagian Jasin dan Kota Melaka pula sedang digantung dan hanya dibenarkan mengadakan persidangan serta pemilihan pucuk pimpinan parti itu pada Disember.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen