malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pemilihan PKR diadakan lepas Mei tahun depan
ADS

PKR akan mengadakan pemilihan sebaik saja mandat penyandang semua jawatan parti terbabit berakhir pada Mei tahun depan.

Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, berkata tidak timbul isu pemilihan PKR ditangguhkan kerana mandat pemimpin ketika ini masih sah.

Justeru, katanya, salah faham mengenai isu tersebut wajar diperbetulkan.

"Sebenarnya pemilihan parti, memang tarikh akhirnya pada Mei 2025... maksudnya tidak ada sebab untuk menangguhkan pemilihan.

ADS

"Kena perbetulkan naratif... pemilihan bukan ditangguh dan ia akan diadakan mengikut masa.

"Sebab (sebelum ini) ada yang mungkin memikirkan perlu ditangguh, tapi tarikh akhir ialah Mei 2025," katanya.

Terdahulu dia yang juga timbalan menteri perdaganan dalam negeri dan kos sara hidup melakukan tinjauan skim harga maksimum sempena Deepavali di Mentakab, Pahang hari ini.

Pada 27 Okt lalu Presiden PKR Anwar Ibrahim mahu supaya pemilihan parti itu disegerakan untuk membuka ruang kerjasama antara tenaga muda dan pemimpin lama berganding bahu menguruskan parti dengan lebih berkesan.

Sementara itu ketika ditanya jika kebimbangan tahap sokongan terhadap kerajaan antara punca cadangan menangguhkan pemilihan parti disuarakan, Fuziah menegaskan perkara itu tidak timbul.

"Kerajaan ini kerajaan yang stabil dan kita perlu beri peluang kepada perdana menteri untuk selesaikan tugas beliau hingga cukup penggal," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen