malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Anwar berang dengan dakwaan mesej ‘bahagian Datuk pun ada’ 
Diterbitkan:  Oct 29, 2024 12:54 PM
Dikemaskini: 9:32 AM
ADS

Anwar Ibrahim (PH-Tambun) membidas tuduhan pembangkang yang mendakwa dia melanggar prinsip tatakelola dalam pengagihan kontrak.

Ia susulan dakwaan Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) wujud perbualan menerusi aplikasi WhatApps berhubung perkara itu membabitkan Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul (Bebas- Bukit Gantang)

"Seperti mana saya dengar ucapan Pasir Puteh sebelum ini, bahawa menteri kewangan tak ikut tatakelola dalam pengagihan kontrak kepada D'saji, kepada Bukit Gantang, tak benar sama sekali.

"Saya yang tandatangan, saya tahu. You dengar dari mana...daripada TikTok, ini belajar mana? TikTok? Seorang pula (dari) WhatApps. Tak tunjuk fakta.

"Tapi belajar. Kalau sebut baca al-Quran, baca hadis, sanadnya di mana?" kata Anwar pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul

Sidang Dewan Rakyat tegang apabila Nik Muhammad Zawawi mendakwa dia mendapati wujud perbualan menerusi aplikasi WhatApps antara Syed Abu Hussin berkaitan tender pembekalan makanan kepada anggota keselamatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dia mendakwa dalam perbualan dengan seorang pegawai itu, terdapat bahagian yang menyebut “bahagian Datuk pun ada”.

Katanya, ia seolah-olah memperlihatkan wujud elemen rasuah atau salah guna kuasa dalam urusan tender tersebut.

Nik Muhammad Zawawi terlebih dulu membangkitkan isu berkenaan pemberian tender pembekalan makanan kepada ATM antara syarikat yang dikaitkan dengan Syed Abu Hussin dengan syarikat Felda, D’Saji Sdn Bhd (D’Saji).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen