malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pencipta biskut Famous Amos meninggal dunia
Diterbitkan:  Aug 15, 2024 12:05 PM
Dikemaskini: 4:05 AM
ADS

GLOBAL | Wallace Amos Jr yang mejadi pencipta biskut berjenama terkemuka antarabangsa, Famous Amos, meninggal dunia pada usia 88 tahun, lapor United Press International (UPI).

Anak ahli perniagaan itu, Shawn dan Sarah Amos, memberitahu The New York Times, Wallace menghembus nafas terakhir di rumahnya di Honolulu semalam akibat komplikasi demensia.

Wallace dilahirkan di Tallahassee pada 1936 dan dibesarkan oleh ibu saudaranya di Harlem, New York City.

Selepas berhenti sekolah menengah, dia menyertai Tentera Udara AS dari 1954 hingga 1957.

Dia kemudian melengkapkan Sijil Pendidikan Am (GED) dan memulakan kerjayanya di William Morris Agency di Los Angeles.

Wallace akhirnya mengetuai jabatan rock 'n' roll agensi tersebut dan menandatangani kontrak dengan duo terkenal, Simon dan Garfunkel.

- Bernama/UPI


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen