malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mahkamah lucutkan jawatan perdana menteri Thailand
Diterbitkan:  Aug 14, 2024 5:09 PM
Dikemaskini: 9:44 AM
ADS

Mahkamah Perlembagaan Thailand melucutkan jawatan perdana menterinya Srettha Thavisin kerana melantik bekas banduan sebagai menteri.

Taikun hartanah itu menjadi perdana menteri keempat dalam 16 tahun yang dijatuhkan mahkamah, sekali gus dijangka mengeruhkan ketidaktentuan politik di negara itu.

Srettha dituduh melanggar peraturan etika dengan melantik Pichit Chuenban, peguam yang dekat dengan keluarga bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra.

Pichit dijatuhi hukuman penjara enam bulan pada tahun 2008 kerana kesalahan berkaitan rasuah.

Mahkamah tetap mendengar kes itu walaupun Pichit telah meletakkan jawatan.

Dalam keputusan petang ini, lima hakim menyokong pemecatan Srettha manakala empat lagi menolaknya.

Susulan kekosongan itu, Timbalan Perdana Menteri Phumtham Wechayachai akan bertindak sebagai pemangku perdana menteri.

Semua jawatan kabinet juga dibatalkan, menjadikanya menterinya sebagai menteri kerajaan sementara.

Minggu lepas, pembangkang utama Move Forward Party diharamkan oleh mahkamah sama atas alasan cuba melemahkah institusi beraja di negara itu.

Sementara itu, Srettha berkata dia menghormati keputusan itu walaupun itu bukan diharapkannya.

“Kuasa sekarang pada perdana menteri sementara,” katanya seperti dilaporkan Bangkok Post.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen