malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mahkamah arah Zamri Vinoth, Arun Dorasamy bayar sesama mereka RM100,000
Diterbitkan:  Aug 2, 2024 5:49 PM
Dikemaskini: 10:38 AM
ADS

Pendakwah Muhammad Zamri Vinoth, dan aktivis, Arun Dorasamy menyaman satu sama lain berhubung hantaran di Facebook

Mahkamah sivil memerintahkan aktivis Arun Dorasamy membayar RM100,000 sebagai ganti rugi fitnah kepada pendakwah Islam Muhammad Zamri Vinoth.

Muhammad Zamri Vinoth

Bagaimanapun, pada masa sama, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur turut memerintahkan Zamri supaya membayar sejumlah RM200,000 sebagai pampasan kerana memfitnah Arun dan peguam aktivis Siti Kasim.

Hakim John Lee Kien How @ Mohammad Johan Lee membuat keputusan itu, petang tadi. Ia berkaitan dengan beberapa hantaran di Facebook mereka yang dimuat naik antara 26 April 2019 dan 10 Jun 2020.

Saman Zamri adalah atas dakwaan dia merogol seorang mangsa yang kemudian dinikahnya.

Saman balas Arun dan Siti pula adalah atas dakwaan bahawa kedua-dua mereka adalah musuh Islam.

Dengan penghakiman itu bermakna pampasan RM200,000 akan dibahagikan sama rata antara Arun,54 dan Siti, 61.

Arun Dorasamy

Hakim Johan Lee turut mengarahkan Zamri, 40 dan Arun membuat permohonan maaf kepada satu sama lain di  akaun FB masing-masing dan di akhbar tempatan.

Hakim menyatakan bahawa tiada pihak yang membuat kenyataan yang disangkal itu dapat membuktikan kebenaran mereka semasa perbicaraan.

Ketika ditemui media selepas prosiding mahkamah terbuka, Zamri berkata dia akan berbincang dengan peguamnya Norazali Nordin sama ada mahu merayu ke Mahkamah Rayuan atau tidak.

Siti Kasim

Peguam Amanda Sonia Mathew mewakili Arun dan Siti.

[Baca berita penuh]



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen