malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
K'jaan bantah cubaan pempengaruh Bersatu batalkan sekatan TikTok
ADS

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan kerajaan membantah permohonan pempengaruh Bersatu supaya sekatan ke atas dua akaun TikTok miliknya ditarik balik.

Ketua penerangan Pemuda Bersatu (Armada) bahagian Jasin, Na’im Brundage memohon untuk kebenaran semakan kehakiman terhadap sekatan itu.

Peguam Zaid Malek yang mewakilinya mengesahkan bahawa bantahan itu tertumpu kepada dakwaan bahawa tindakan mahkamah itu "tidak cekap” dan “meyasarkan pihak yang salah”.

Antara lima responden yang menjadi sasaran permohonannya ialah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Fahmi dan kerajaan persekutuan.

"Hakim Ahmad Kamal Md Shahid menetapkan 28 Okt ini untuk mendengar bantahan responden," kata Zaid ketika dihubungi.

Fahmi Fadzil

Menerusi tindakan yang difailkan pada 24 Jun lalu, Na'im mendakwa dua akaun TikTok miliknya disekat tiga bulan sebelum itu.

Katanya, selepas menghantar e-mel kepada MCMC dan Fahmi pada 28 Mac, dia mendapat jawapan yang menunjukkan pengakuan bahawa pengawal selia itu sememangnya menyekat akaun TikTok tersebut.

Na’im mendakwa tindakan itu mencabul hak asasinya untuk bersuara.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen