malaysiakini logo
story-image
ADS

Lebih 120 pelajar Malaysia dari Bangladesh selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sekitar jam 5 petang hari ini.

Sebuah pesawat yang membawa lebih 123 rakyat Malaysia termasuk 80 pelajar yang berlepas dari Bangladesh awal hari ini selamat mendarat di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sekitar jam 5 petang.

Rakyat Malaysia berkenaan telah dipindahkan dari Bangladesh berikutan rusuhan maut di negara itu berhubung dasar pengambilan perkhidmatan awam.

Keluarga dan rakan-rakan mereka dilihat menunggu dengan sabar di balai ketibaan lapangan terbang.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang medianya memberikan maklumat terkini mengenai pemindahan rakyat Malaysia dari Bangladesh.

Saifuddin menyatakan bahawa sesetengah rakyat Malaysia telah memilih untuk kekal di Bangladesh, antara lain kerana pengajian, komitmen pekerjaan, atau hubungan keluarga.

"Suruhanjaya Tinggi Malaysia akan terus memantau keadaan mereka dan mengekalkan komunikasi, mengutamakan kebajikan dan keselamatan mereka," katanya.

Semalam, dilaporkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan hasratnya agar pelajar Malaysia dihantar pulang dengan selamat dari Bangladesh berikutan ketegangan yang semakin memuncak di negara itu.

Mengulas lanjut, Saifuddin menggesa mereka yang kekal di negara itu supaya terus berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi dan sentiasa berwaspada.

Sebelum pemindahan berskala besar ini, Suruhanjaya Tinggi telah pun membantu 19 pelajar pulang ke Malaysia dengan selamat.

Menteri itu juga menekankan sokongan psikologi yang diberikan kepada mangsa yang dipindahkan.

"Kementerian Pengajian Tinggi mengerahkan pegawai psikologi untuk memudahkan komunikasi dengan keluarga dan pelajar," jelas Saifuddin.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen