malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Lepasan SPM 10A tak dapat tempat, ditawar matrikulasi menjelang Ogos - Fadhlina
ADS

PARLIMEN | Semua lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang 10A dan ke atas tetapi belum mendapat tempat dalam program matrikulasi kerajaan akan menerima tawaran mereka menjelang bulan depan.

Ini menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek ketika berucap di kamar khas parlimen petang ini.

Menurut Fadhlina, Kementerian Pendidikan telah menerima sejumlah 4,877 permohonan daripada lepasan SPM dengan keputusan cemerlang.

Daripada jumlah itu, 3,684 daripada mereka telah ditawarkan tempat semasa pengambilan pertama pelajar matrikulasi tahun ini, dengan 2,496 pelajar bumiputera dan 1,188 pelajar bukan bumiputera.

Dia berkata 400 pelajar lain telah ditawarkan untuk mendaftar dalam program matrikulasi pada pengambilan kedua selepas pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 30 Jun yang memberi jaminan semua pelajar SPM yang mendapat 10A dan ke atas akan dapat memasuki program tersebut.

Daripada 400 pelajar tersebut, 33 ialah bumiputera manakala 367 adalah bukan bumiputera, kata Fadhlina.

“(Menjawab soalan) apakah tindakan KPM untuk pastikan janji PM ini terlaksana?

“Baki pelajar 10A SPM akan ditawar secara berperingkat sehingga baki semua yang dapat 10A akan kita pastikan dapat tawaran tersebut

“YB jadi saksi orang pertama dengar sendiri daripada menteri bahawa semua mereka akan ditawarkan (tempat ke matrikulasi).

"Bila baki 10A yang memohon dan ditolak, ditawarkan peluang ke matrikulasi.

"Baki pelajar 10A yang belum ditawarkan, selewat-lewatnya minggu ketiga ogos 2024,” kata menteri pendidikan.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen