malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Polis buka kertas siasatan terhadap Firdaus Wong - NGO
Diterbitkan:  Jun 25, 2024 3:45 PM
Dikemaskini: 8:42 AM
ADS
1

Polis telah membuka kertas siasatan terhadap pendakwah bebas, Firdaus Wong berhubung kenyataan yang didakwa boleh mencetuskan kacau ganggu awam.

Peguam Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Singh, yang mewakili pengerusi Persatuan Agamam Ani Hindu Malaysia, Arun Dorasamy, mengesahkan pihak berkuasa telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan susulan laporan dibuat kumpulan itu.

NGO itu sebelum ini membuat laporan polis dengan mendakwa Firdaus memuat naik video mengenai cara untuk mengislamkan kanak-kanak bukan Islam secara rahsia.

“Sukacita dimaklumkan kepada orang ramai bahawa polis akhirnya membuka kertas siasatan terhadap Firdaus Wong di bawah seksyen 505(c) Kanun Keseksaan.

"Kami berharap keadilan akan ditegakkan dan Firdaus Wong akan didakwa dan disabitkan kesalahannya terhadap masyarakat," kata kedua-dua peguam.

Seksyen 505(c) adalah berkait perbuatan mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.

Awal bulan ini, Firdaus memuat naik video di TikTok yang memaparkan dia menjawab pertanyaan seorang lelaki yang bertanya apa perlu dilakukan apabila remaja bukan Islam di bawah umur mahu memeluk Islam

Video TikTok itu menunjukkan pendakwah kontroversi itu mengadakan sesi soal jawab itu dalam sebuah majlis.

Untuk rekod, terdapat salah faham yang mendakwa soalan itu ditanya seorang guru, yang menimbulkan kebimbangan di kalangan ibu bapa pelajar bukan Islam di sekolah kebangsaan, sehingga membawa kepada gesaan untuk menghalang penceramah itu daripada memasuki sekolah.

Bagaimanapun, individu berkenaan bukan seorang guru sebaliknya merupakan seorang penulis dan pempengaruh TikTok.

Dia bertanya kepada Wong apa yang perlu dilakukan apabila remaja bukan Islam di bawah umur ingin memeluk agama Islam.

Wong didakwa sebagai berkata remaja berkenaan harus diterima memeluk Islam tetapi penukaran agama mereka tidak boleh didaftarkan atau diumumkan.

Dia juga didakwa memberi nasihat tentang bagaimana remaja berkenaan boleh mengamalkan Islam secara rahsia supaya mereka boleh menyembunyikan perkara itu daripada orang lain.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
1