malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Akmal berang pelajar sekolah agama tiada kerusi meja
Diterbitkan:  May 16, 2024 12:27 PM
Dikemaskini: 7:46 AM
ADS

Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh berang dengan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) selepas mendapat tahu murid-murid di sebuah sekolah agama tidak mempunyai meja dan kerusi dan terpaksa belajar di atas lantai.

Menerusi satu hantaran video di Facebooknya, Adun Merlimau itu berkata, peruntukan bagi membeli kerusi dan meja di Sekolah Rendah Agama (SRA) Ayer Merbau, Jasin tersebut telah diperolehi pada akhir tahun lalu.

“Setahu saya peruntukan sudah dapat Disember tahun lepas lagi, kenapa sampai sekarang tidak dapat lagi peruntukan untuk membeli kelengkapan ini. Kesian anak-anak, ustaz tak kesian ke tengok anak-anak ni.

“Nak ambil masa berapa bulan lagi, ini sudah bulan lima. Kalau peruntukan tidak dapat lagi saya tahu la, ini sudah lama dapat,” katanya.

“Inilah saya kata masalahnya kita ambil sambil lewa. Aduan daripada guru besar kita ambil sambil lewa. Kita bagi orang ini buat. Birokrasi banyak sangat,” katanya.

Menerusi klip tersebut, seorang wakil daripada Jaim, bagaimanapun menjelaskan bahawa perolehan dari bahagian kewangan kerajaan negeri tidak diperolehi sehingga kini.

Bagi mendapatkan kepastian mengenai dana itu, Dr Akmal yang juga adalah exco kemajuan desa, pertanian dan keterjaminan makanan kemudiannya dilihat menghubungi Pegawai Kewangan Negeri Melaka, Salhah Salleh.

Menerusi perbualan mereka dalam video itu, Salhah mengesahkan pihaknya sudah meluluskan peruntukan di semua sekolah dan menafikan bahawa terdapat kelewatan.

“Birokrasi Jaim yang melambatkan kerja.

“Kalau tak boleh tak apa saya bawa (mesyuarat) exco, kita rombak semula Jaim,” kata Dr Akmal lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen