malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Sime Darby Plantation pertahan larangan ragut rumput
Diterbitkan:  Apr 26, 2024 5:41 PM
Dikemaskini: 9:41 AM
ADS

Sime Darby Plantations (SDP) mempertahankan keputusannya melarang haiwan ternakan meragut rumput di kawasan ladangnya.

Syarikat gergasi perladangan itu memberitahu Malaysiakini bahawa keputusan itu berdasarkan beberapa faktor, termasuk keselamatan.

Menurut syarikat itu, lembu dan haiwan lain yang berkeliaran bebas telah menyebabkan kemalangan jalan raya yang melibatkan pekerja dan kakitangan mereka dan merosakkan kawasan pejabat, unit kediaman, dan pagar ladang.

"Taman permainan dan ruang rekreasi kanak-kanak telah rosak, dan pokok kelapa sawit muda dipijak dan dimusnahkan oleh lembu," tambah SDP.

Semalam, 150 penternak dari Selangor, Negeri Sembilan, Perak, dan Melaka hadir di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Putrajaya, menuntut Zero Cattle Programme (ZCP) dihentikan.

Ini adalah mengenai notis baru-baru ini yang dikeluarkan oleh syarikat yang melarang ternakan daripada meragut di ladang milik Sime Darby.

Mengulas lanjut, SDP berkata, sejak 2019, syarikat itu mengadakan sebanyak 46 pertemuan dengan pemilik lembu dari 65 kawasan di Semenanjung, berhasrat untuk mendapatkan kerjasama dalam mengawal aktiviti berkaitan ternakan mereka.

“Wakil daripada majlis perbandaran tempatan dan polis tempatan turut menghadiri beberapa mesyuarat bagi menjelaskan isu pencerobohan dan tindakan yang boleh diambil.

"Pertemuan itu membawa kepada beberapa penternak bekerjasama dengan mengeluarkan haiwan tersebut, dan SDP memberi jaminan bahawa masa yang mencukupi diberikan kepada penternak untuk mematuhi arahan tersebut.

“Kami ingin menegaskan bahawa pemindahan lembu dari premis kami tidak dilakukan sewenang-wenangnya oleh SDP tetapi adalah tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan berikutan laporan kami.

"(Laporan itu) adalah untuk mengelakkan sebarang risiko kerosakan atau kemalangan daripada berlaku," kata syarikat itu, sambil menambah bahawa ia tetap komited untuk menegakkan piawai keselamatan tertinggi untuk pekerja dan premisnya.

Lihat Komen